Wednesday 30 January 2013

Durian Oh Durian





                             Kurus Berat Badan 2-5kg Seminggu (FOLLOW US AT FACEBOOK)


Musim durian telah tiba.....

Alangkah nikmatnya!!! OH durian !!! durian digelar raja kepada buah kerana bentuk fizikalnya yang berduri serta mempunyai isi buahnya yang manis sehingga menjilat jari, durian merupakan buah yang paling digemari oleh rakyat Malaysia, maka tidak hairan lah apabila tiba musim durian, berlonggok orang menjualnya di tepi jalan, pasar malam mahupun di kawasan perumahan, mengikut kata orang tua, durian ini tak elok dimakan secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kepanasan, jadi ini antara FAKTA FAKTA
menarik tentang durian

10 fakta menarik mengenai durian:

1. Tinggi kalori?
Ramai yang menganggap durian mempunyai kandungan kalori (kcal) yang tinggi dan menggemukkan. Tahukah anda, seulas durian hanya mempunyai 27.9 karbohidrat.

2. Tinggi kolesterol?
Durian atau sebarang jenis buah sekali pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang daripada sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.

3. Tiada nilai nutrisi? Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus.

4. Tinggi lemak?
Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu.

5. Tinggi gula?
Satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Jika anda makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat.

6. Panaskan badan?
Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

7. Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis?
Memang betul tapi itu bukan soal durian semata-mata kerana mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sememangnya harus mengawal pengambilan gula dalam makanan atau minuman mereka.

8. Kurangkan tekanan?
Itu bergantung tetapi durian mengandungi asid amino dikenali sebagai tryptophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin yang menyebabkan kita mengantuk. Justeru, anda akan lebih senang tidur, ringan dan tenang.

9. Tingkatkan nafsu seks?
Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah.

10. Jangan makan berlebihan?
Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya.

Ketika sedang amalkan diet ALSD2,makan durian adalah TIDAK DIBENARKAN / TIDAK DIGALAKKAN
Jadi kita kena berhati-hati didalam pemilihan makanan ketika mengamalkan diet ALSD2. Untuk pertanyaan tentang program diet ALSD2 yang lebih berkesan boleh hubungi di talain
013-394 5588 (call / sms / whatapps)

No comments:

Post a Comment