Friday 25 January 2013

12 TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN


                    Kurus Berat Badan 2-5kg Seminggu (FOLLOW US AT FACEBOOK)
Berikut ini 12 Tips Berdiet yang berkesan untuk diamalkan.

Janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan sehingga mengganggu ketenteraman fikiran. 

Di sini terdapat tip-tip bagi anda yg sedang berdiet.Jgn asyik menimbang berat badan. Ini dah termasuk dalam kategori masalah psikologi. Tak elok tu…Kalau timbang berat turun..tak apa.Tapi kalau tak turun..tentu kecewa, kan? Jadi cara paling baik ialah menimbang berat badan tidak lebih dari sekali saja dalam seminggu. Jika naik atau turun, barulah nampak perubahannya.


(alamak aku hari-hari mau timbang. Tapi tak turun terus moral down)


2) Sibukkan diri anda dengan hobi menarik
Terutama sekali jika anda sedang menjalani program diet baru. Ini akan mengelakkan diri anda dari asyik memikirkan keberkesanan program tersebut atau makanan yg enak-enak.

(mula sibuk skipping dalam rumah. Memang kurang aktiviti luar rumah aku nih)

3) Makanlah sarapan pagi awal2.
Jgn cuba elakkan sarapan pagi kerana ia adalah jadual makan yg paling penting.

(Yes memang makan pagi. Tapi nasi. Kena selalu elakkan ni)

4) Bacalah nutrisi di label pemakanan sebelum memakan makanan yg dibeli.
Elakkan memakan makanan yg berlemak atau berkalori tinggi. Paling baik, makanlah makanan yg banyak serat.

(lepasni kena banyak makan sayur. Nak jadi popeye the sailorman)

5) Buat target
Buat target berat badan yg realistik utk dicapai dan buatlah perancangan yg sesuai. Jgn memaksa diri anda mencapai target yg tak logik utk dicapai dlm masa yg cepat.

(paling tak pun nak turun 3 kg. Teruk sangat ke)

6) Bagi ganjaran pada diri anda sekiranya target tercapai.
Contohnya, memakan satu bar cokelat yg sedap. Perlu diingat, sekali-sekala memakan makanan yg sedemikian tidak mengapa.

(Yeay i like coklat)

7) Positifkan diri!
Yakin anda mampu mengurangkan berat badan

(Fokus-fokus.. Yakin boleh kurus)
.
8) Rajinkan melakukan senaman seperti sit-up.
Jika mampu, berkunjunglah ke gym yg berdekatan. Senaman membentuk otot yg sihat. Otot membakar lemak.

(dulu masa kurus kering tak boleh buat tapi sekarang boleh pulak buat)

9) Ubahkan corak pemikiran anda.
Jgn terlalu obses utk kurus. Sebaliknya cuba lebih menghargai bentuk badan anda dan bersyukur dgn anugerah Tuhan.

(Alhamdulillah.. syukur)

10) Dapatkan nasihat doktor
Sebelum membuat keputusan utk membeli produk diet dan pil-pil diet yg banyak di pasaran dan farmasi sila dapatkan nasihat dokter terlebih dahulu. Preskripsi doktor adalah lebih selamat dari mendengar cakap-cakap kawan atau jurujual di kaunter jualan yg bermulut manis.

(akan cuba elak makan produk diet. Amalkan secara natural)

11) Jgn mudah terpedaya dgn iklan2 merampingkan badan
Kebanyakannya adalah indah khabar dari rupa dan tak sesuai utk kita. Malah ada yg menipu. Banyak wang yg dilaburkan tetapi hasilnya tak seperti yg dijanjikan.

(Tak layan. Tapi terliur gak)

12) Makan malam awal, sebaik-baiknya sebelum atau pada pukul 7.00 malam.
Jgn memakan makanan yg berat selepas waktu itu kerana kadar metabolisma yg rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

(Tak nak makan malam langsung)

No comments:

Post a Comment